Saturday, March 12, 2011

angan2 anak raja mahmad..

so hari ni aku nak kongsi satu perkara yang buat aku terbang2 ke langit.. huhuhu
semalam mak aku ajak teman cari barang kawin kakak aku  kat KL.. dengan berat hati aku pun merelakan kn diri mengikut. huhuhu
3jam pertama jalan pusing2 sogo cr barang hantaran kakak aku mmg lah perkara yang mebosankan aku. sampai pening kepala la aku di buatnye sbb tak ckup rehat..
 tibe2  masuk je 1 butik gerbang perkahwinan kat ape ntah nme tmpt tu.. 

jeng..jeng.. jeng..

mata aku jadi bulat mcm guli.. hahaha 
'mak canteknye!!!... kakak nak kawin jugak lah' ayt kua dr mulut aku dgn tak segaja nye dan membuatkan mak aku diam terkejut sambil mata terkebil2 dan mulut tenganga memandang aku. hahahaha
aipp.. mulut ni tak pandai cover langsung.. buat malu je. hahaha 
jadi tak sabar pulak nak kawin. hehehe.. jadi aku pun berangan tema perkahwinan aku nanti wrne hitam putih.. hihihi.. 
cantik oo.. jom kite tgk.. mcm mne rancangan perkahwinan 2016 aku.. hehehe

first sekali mesti la aku akn dapatkan sepasang baju pengantin yang berwrne hitam putih.. 
mcm yg ni.. tp yg ni contohnye.. 


dan seterusnye semestinye sebuah pelamin yang bertemakan 
hitam putih jugak.:)
cantik sangat...


kek perkahwinan anak raja mahmad.. hehehe


bunga telur untuk orang ramai..


contoh2 hantaran untuk tman hidup aku nnt.
( tp klu die yg bg aku lg best )
hohohohoho

lepas tu kita masuk pulak kat bahgian khemah, bilik tidur dan sebagainye. hehehe

khemah yg bakal aku buat untuk kawan2
xspecially to followers blog aku ni..
:)

tmpat makan pengantin yg simple tp mnarik..
dan boleh makan sepuas hati tanpa malu. hihihi

dan akhir sekali sudah tntu bilik tidur yg selesa 
hehehe

opps ade lg satu.. yang ni khas untuk sume orang..
tak kira  followers dunia maya ni smpai la kawan2 yang pnh mengenali aku..

 kad jemputan perkahwinan 
klu ade rezeki aku mcm kakak aku yg bakal melangsungkn perkahwinan 
pada 28.5. 2011 ni..

jemputlah datang k..:)








Monday, March 7, 2011

angin sepoi2 bahasa...

petang yang indah dan nyaman.. walaupun hati  sedikit terluka tapi masih ade ruang untuk bersuka ria dengan kehidupan ni.. tak semestinye klu kite sedih , kite kene layan perasaan sedih tu kn.. 
 ape yang paling penting ialah kebahagian hidup kita perlu di utamakan..

aku pon dgn senang hati membayangkn duduk di dpn rumah bersama kwn2 minum petang 
menu : kuih muih,
air teh @milo
aktivty : bersembang sambil dengar lagu..

tapi nak tau ape yg aku bayangkn ni tak jd pun sbb lua umh kitorg mne la nak ada meja n kerusi.. yg bersepah cume lah moto2 berkuasa 10 hak milik kawan2 aku..hehehe 
nak mengangkat meja dlm umh ni jadi satu hal pulak. hohoho
malas saja..

jadi yg mampunye ialah main badminton dpn umh sambil ditemani anjing jiran aku yang garang dan kuat nangis tu. hihihihih
tapi jgn salah phm.. yg main bdminton nye bukanlah aku  
tapi
2 org kwn aku yg bnyk mulut hehehe

ct nurul huda
(yg ni orgnye)
&
syuhada ahamad
(adeq)

and korang mesti tertanya2 dimanakah aku yg kuat berangan dpt kawen ngn putra raja ni kn?? :)..
heheheeh.. ha ni la keje aku..
( duduk depan pagar sambil memegang lappy)

. tak blh hidup tanpa lappy.

sambil mencari ilham baru dan menenangkn fikiran yg kusut masai dan bertaburan ni .. hehehehe
smoga hari2 aku yang mendatang akan sentiasa diredhainye.. amin :)

the end angin sepoi2 bahasa
(lalu hujan turun dgn lebatnye kata ct nrul huda.
tp aku tgk tak hujan pon. hahaha..)




Saturday, March 5, 2011

cooking2.. hahahaha

topic kita hari ni AYAM MASAK RENDANG HITAM..hehehe

bangun2 pagi tibe2 datang mood nak memasak..dengan pantas aku mandi dan bersiap nak pegi beli bahan2 kat tesco.. oleh kerana takut nk pegi sorang2.. sian adeq aku sorg ni ( syuhada ahamad) jadi mangsa kene tman aku beli barang2 dapur. hohoho . jgn marah ye adeq(kawan aku,.. bukan adeq kandung ok) 
 okey mula2 sekali bahan-bahan nye ialah .


       sediakan ayam yang dah dipotong kecil .. 

pastu basuh bersih2 ok


bahan seterusnye..
1. bawang merah
2. bawang putih
3. serai dipotong halus2
4. halia 
5. lada hitam
6. cili kering.

pastu basuh bahan2 ni n then korg kne tumis sampai hitam sket bahan2 ni..

dah setel  tumis.. sekarang bahan2 ni
boleh lah diblander( btl ke aku eja blander ni?) hahaha

pastu tuangkn bahan2 ni ke dalam bekas ayam td.. dan perap kn 
selama beberapa minit.. nk berjam pon blh. hahaha

mse perap tu korang bubuh sikit kicap bagi nmpak 
hitam2 sket. mcm ni..

pastu jangan lupe masak rendang hitam ni kene ade
KERISIK ok,, huhuhu ni rupenye.. jgn salah beli..

sementara tnggu ayam td diperap 
basuh la dlu peralatan yg aku gune td. hihihi
(sebenarnye nk possing lebih je. heheh)

seterusnye masak la ayam td..

biarkan ats api beberapa minit sehingga empuk aym2 korg tu..
agak2 kuahnye da kering sket n aym pun dah empuk langkah yg terakhir ialah 
masukkn kerisik td.. 

dan biarkan beberapa minit ats api..
rase2 dah masak blh lah di hidangkan. huhuu


yang ni pulak kawan2 aku yang kua makan n merangkap aku punye juru camera yng menjayakan shooting ni..
hoho tme ksh sangat..
makan la puas2 k.. huhuhu
nur aida azreen adzhar


syuhada ahamad
(adeq)



jumpe lagi..














sejenak berfikir....


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.
Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.....Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
 Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


erti Cinta, Sayang, Minat Dan Suka



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

 Dimanakah Cinta...??!

AKU KONGSI KAN DENGAN SUME KISAH YANG PENAH AKU BACA NI.. 
MUNGKIN ANTARA KITA ADA  YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

 “Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Thursday, March 3, 2011

kisah kasih...

                    

kasih ade banyak maksud kan?? nak dirungkaikan satu persatu tak mampu rasenye..
tp betul ke mengasihi seseorang sepenuh hati adalah satu perkara yang sia2 kalau kite blom nmpak penghujungnye..
menyanyangi  dan disayangi memang buat seseorang hanyut dalam dunia ciptaannye sendiri.. gembira, kecewa, duka dan dugaan sentiasa akan menguji setiap insan.
 berhenti menyanyangi???
 tak!!
 tu bukan perkara yang terbaek.. setiap insan perlukan perasaan tu.. jadi jgn sekali2 kite buang perasaan tu.. walaupun bahagia nye cume sementara.. tapi tu sume kurnia dari allah.. bkn mudah untuk miliki perasaan ni.. hargai lah selagi kite dikurniakan perasaan kasih dan mengasihi walaupun bukan pada kekasih.. kerana org lain juga punye hak untuk dikasihi.. sebagai manusia.. kite takkn lari dari perasaan ni.. yg membezakannye cume cepat atau pun lambat.
di usia muda atau pun tua.. dan apabila sampai perasaan itu.. hargailah seikhlas hati...


menghargai cinta dan kasih syg adalah sesuatu 
yg amat bermakna dalam hidup...

ketika hati bertemu satu rasa yg sukar digambarkan,
jiwa jadi kaku yang tak terkata..
saat mata bertentang mata
seluruh tubuh hilang daya..
bila naluri semakin nyata,
hanya cinta jadi permata..

ilham: shashida mahmad.



aku&dia

Daisypath Anniversary tickers